MAJLIS PERHIMPUNAN KETSA
22 December 2020

Julung kalinya Majlis Perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Menteri Tenaga dan Sumber Asli diadakan dalam suasana norma baharu di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli pada 21 Disember 2020.

 

Program ini dihadiri pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan dan setiausaha-setiausaha bahagian dan turut disiarkan secara langsung melalui platform Facebook Live.

 ​

Menteri dalam ucapan perasmiannya mengingatkan semua warga Kementerian menerapkan budaya kerja berintegriti, berinovasi, kerja berpasukan, kecemerlangan dan berlandaskan kepada tadbir urus yang baik.

 

Beliau juga mengingatkan warga KeTSA terus mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan termasuk dan sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.

 

#KeTSA

 

 

 


Attachments